Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
[Cahayakasihku]
kAk rAzKiAh kAk ShIdAh aDiK nAjWa fAmILi RaSt bLuEsGuy kaK fIzAh pEnAwAr JiWa kUsZaMeSiR pUnCaK kEfAsIhAn dAiChIvIoLeT kAk WaNi iDanIs sHas nUrUl hAnNaH
iRiY sEcReTwHiTe
[ friendzdotcom ] [ Raudhah.Com ] [ JalinanDotCom ] [ Portal Ukhwah ] [ Komuniti Muslimah ]


AbOuT mE...
nama:Nur Razimah nama alam internet: Nurmestika nama panggilan: Ika dilahirkan pd: 8 Nov 1988M @ 29 Rabiulawal 1409H e-mail: nurmestika@yahoo.com

ALLAH GAVE YOU TWO LEGS TO WALK, TWO HANDS TO HOLD, TWO EARS TO HEAR, TWO EYES TO SEE. BUT WHY ALLAH GIVES YOU onLY onE HEART? BECAUSE ALLAH GAVE THE OTHER onE TO SOMEONE FOR YOU TO FIND
And I never thought I’d feel this way And as far as I’m concerned I’m glad I got the chance to say That I do believe I love you
And if I should ever go away Well then close your eyes and try To feel the way we do today And then if you can remember
Keep smiling keep shining Knowing you can always count on me for sure That’s what friends are for in good times And bad time I’ll be on your side forever more That’s what friends are for
Well you came and opened me And now there’s so much more I see And so by the way I thank you
And then for the times that we’re apart Well then close your eyes and know The words are coming from my heart And then if you can remember
Keep smiling keep shining Knowing you can always count on me for sure That’s what friends are for in good times And bad time I’ll be on your side forever more
Count on me for sure Count on me for sure Count on me for sure Count on me for sure That’s what are friends for
Doa Seorang Kekasih ~in-team~
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala
/center>
...FrIeNdS aRe SoMeThInG vErY pReCiOuS...
If you Love someone, Put their name in a circle, Instead of a heart, Because hearts can break, But circles go on forever.
Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say. If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn't jump with them, I'd be at the bottom to catch them. Don't frown, Because you never know who's falling in love with Your smile! If you judge people,You have no time to love them. Be kind, For everyone you meet is fighting a harder battle. It may take only a minute to like someone, Only an hour to have a crush on someone And only a day to love someone But it will take a lifetime to forget someone. Enthusiasm is contagious. You might cause an outbreak and affect many. Yesterday is the history, Tomorrow is a mystery. Today is a gift, That is why it is called the present. Dance like nobody's watching, and love like it's never gonna hurt. Setanggi Syurga Percaya kata janjiMu Kerna ku yakin apa di genggamMu Keharuman setanggi syurga Bukan kilauan sebilah belati
Tersiksa jiwa merindu Bagai terkurung dibasah tengkujuh Kewangian aroma bunga Tak menggugah keteguhan iman
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur Pada redup renung mata yang menipu Tuntas ku mendaki Puncak cinta teragung
Izinkan aku melafazkan kata Bicara hati yang mudah diterjemah Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung Kerna awan itu rapuh
Bahagia buat mereka Yang bertemu cinta yang teragung Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
Dendam tak marak menyala dan membakar Oleh putih salju yang berguguran Kerna dosa itu Lebih hitam dan kelam
Ku anyam rindu menjadi hamparan Kerna ku pasti adanya pertemuan Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan Tak bertemu pengucapan
Percaya kata janjiMu Kerna ku yakin apa di genggamMu Keharuman setanggi syurga Bukan kilauan sebilah belati
Kata janjiMu... Seharum setanggi syurga
Sahabat Sukar untuk ku jelaskan Apa yang ada di hati ini Dengan seupaya hikmah Ingin ku nyatakan apa yang terhimpun dalam hatiku
Sahabat Usah kau harapkan Kesempurnaan yang mutlak dari diri ini Akuilah hakikat yang tersurat Aku bukan Siti Khadijah Mahupun permata Siti Fatimah Aku bukan Siti Aisyah Mahupun ummul mukminin yang lain Bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci dan terpuji Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Mashitah, Asiah dan Sumaiyah
Sahabat Mengertilah dengan waras keislaman Aku hanyalah wanita akhir zaman Yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri Dalam mengharungi kegawatan masa kini yang serba palsu dan menjijikkan Dengan kemampuan diri Yang tinggal sekuman cuma
Sahabat Demi kerana-Nya semata-mata Tidak ku tagih apa-apa darimu Cuma kupohonkan sebuah pengertian Bahawa jauh disudut hatiku Sedang berjuang mencari Nur Ilahi
Dirimu bukan diriku, Diriku bukannya dirimu... Namamu bukan namaku, Namaku bukanlah namamu... Namun kita tetap sehati... Namun kita tetap sejiwa...! Dirimu dengan cara tersendiri... Diriku dengan kebiasaan abadi, Tapi kita saling menghormati... Dan kita sering mengingati, Kerana kita sahabat sejati!! |
--Butterfly by Outlaw--
Layout by Monique
|
|
Friday, October 17, 2008

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. 2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. 3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. 5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. 7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
Posted at 03:45 pm by nurmestika
Permalink

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Posted at 03:37 pm by nurmestika
Permalink
Monday, August 21, 2006
Kisah Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir
Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak. Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak. Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah." Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."
Moral & Iktibar 1 Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka.
2 Dunia adalah syurga orang kafir.
3 Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.
4 Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.
5 Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka.
6 Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya.
7 Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang.
8 Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya.
9 Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.
10 Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
11 Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya.
Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah
Posted at 06:56 am by nurmestika
Permalink
Sunday, July 30, 2006
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KE DUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KE TIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KE EMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KE LIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KE ENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KE TUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.
KE LAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KE SEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KE SEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KE SEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KE DUA BELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KE TIGA BELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KE EMPAT BELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KE LIMA BELAS. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KE ENAM BELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KE TUJUH BELAS. Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KE LAPAN BELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KE SEMBILAN BELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KE DUA PULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KE DUA PULUH SATU. Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Posted at 09:56 am by nurmestika
Permalink
pAnDuAn MeNgEnAlI lElAkI bAiK...

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi- sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak bodoh.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa- apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
"Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur." Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah.
Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu 'sempurna'. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan- hubungan 'luar biasa' sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.
Posted at 09:39 am by nurmestika
Permalink
Sunday, July 09, 2006

Hari tu kita gaduh Saya main-main Awak ingat betul-betul Tak tau nak buat macam mana lagi Lantak awak lah
Semalam kita berselisih... Saya buat dunno Awak pandang saya Saya buat dunno jugak Degilnya saya...
Saya nampak awak Saya nak panggil Tapi awak tak toleh Sebab saya panggil awak dalam hati Bodohnya saya...
Awak tegur saya Saya buat dunno Tapi awak tak tahu happynya saya Saya dengar awak cerita Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnya saya
Awak keluar tengok wayang Saya pun Awak keluar dengan dia Saya tengok aje
Awak call saya Mengacau betul Tengah tidur lah Saya layankan aje Awak cakap awak dah putus Saya senyum sampai ke telinga Tapi awak tak nampak Saya cakap...
Kesiannya awak...
Hipokritnya saya
Hari ni hari jadi saya Tapi awak lupa Saya sedih. Tapi takpe, awak bukannya sesiapa
Awak mintak maaf Saya senyum aje Saya kata tak kisah Awak belanja tengok national treasure Isk tak romantiknya
Tapi best apa
Saya dapat bunga Cantik. Suka sangat Tapi tak tahu siapa pengirimnya Awak nampak Awak terus balik
Saya panggil awak Tapi awak tak toleh Saya cuma nak bagi tahu awak
!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak Awak terus jalan Saya tolak awak Awak jatuh.
Saya nampak lori Betul-betul depan saya Kalau sempat Saya nak bagi tahu awak...
THANK JD KAWAN SAYA
Posted at 09:13 am by nurmestika
Permalink
|
|
|